Kategori

2018/08/29

Materi Hikayat Analisis Pembahasan

PENGERTIAN HIKAYAT
Menurut KBBI Hikayat adalah karya sastra lama berisi cerita, baik sejarah maupun cerita roman fiktif, yang dibaca untuk pelipur lara, pembangkit semangat juang atau sekedar untuk meramaikan pesta, misalnya Hikayat Hang Tuah, Hikayat Perang Palembang, Hikayat seribu satu malam.

www.pixabay.com

Contoh Karya Hikayat Berunsur Hindu-Islam
1.Hikayat Marakarma/Hikayat Si Miskin
2.Hikayat Serangga Bayu/Hikayat Ahmad
  Muhammad
3.Hikayat Inderajaya/Hikayat Shahi Mardan

Ciri-ciri Hikayat Berunsur Hindu-Islam
Bagian Awal
      Pada peringkat awal atau bahagian awal cerita memperkenalkan latar negeri, latar keluarga dan sebab-sebab watak wira keluar mengembara.
Bagian Pertengahan Cerita
Bagian pertengahan cerita merupakan bagian yang terpanjang ialah kisah mengenai pengembaraan watak utama.
Dalam bahagian ini watak utama/wira terpisah dari istana atau keluarga dan mengembara. Dalam pengembaraannya beliau melalui berbagai-bagai kesusahan, penderitaan,peperangan, dan percintaan.
Watakutama juga melalui berbagai-bagai pengalaman seperti belajar ilmu senjata, kesaktian, serta cabaran-cabaran menyeksakan.
Waktu pengembaraan juga watak wira mendapat bantuan daripada kuasa sakti atau ajaib, sama ada dewa-dewa, jin dan alat-alat sakti.
Bagian Akhir /Penyelesaian
Bagian akhir cerita watak utama berjaya mengatasi
masalah.
Beliau kembali ke istana dan hidup aman bahagia.

Perwatakan
Watak dan Perwatakan
Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik/protagonis dan watak jahat/antagonis. Watak baik terdiri daripada kalangan anak raja, diberi sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak wira berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan.
Watak jahat pula merupakan watak penghalang kepada watak baik/wira. Contohnya dalam Hikayat Ahmad Muhammad, watak Nakhoda merupakan watak penghalang kepada Ahmad dan Muhamad.

Dari segi nama watak pula terdapat percampuran dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan nama-nama watak Islam.

www.pixabay.com
Latar
Latar tempat meliputi alam yang luas dan banyak
negeri-negeri seperti Kenda Kiri, negeri Baghdad, Pulau
Biram Dewa dan sebagainya. Itulah contoh latar dalam
Hikayat Ahmad Muhamad.
Terdapat juga latar kayangan diceritakan, contohnya
ayahnda dan bonda kepada Marakarma dalam Hikayat
Si Miskin berasal dari negeri kayangan.
Selain dari negeri dan alam kayangan terdapat latar
meliputi alam lautan, hutan, bukit dan gunung-gunung

Gaya Penulisan dan Gaya Bahasa
Karya-karya Zaman Hindu-Islam ini banyak
mengandungi istilah-istilah yang terdapat dalam
bahasa Arab-Parsi. Contohnya, syahdan,al-kisah, hatta
dan sebagainya.
Penggunaan nama-nama hindu pula seperti alat-alat
cokmar, dewan, gangga, dewa dan sebagainya.

Pengaruh Islam
Judul karya/cerita
Dari segi judul karya atau cerita, sastera hikayat berunsur Hindu-Islam memakai dua judul yaitu Hindu dan Islam. Contohnya Hikayat Marakarma dikenali juga sebagai Hikayat Si Miskin dan Hikayat Serangga Bayu
juga dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhamad.
Watak
Perwatakan tokoh-tokoh Islam seperti Nabi Sulaiman, Nabi Khaidir, Ahmad dan Muhamad. Nama-nama watak
yang bercorak Arab seperti nama negeri Shahi mardan, wazir dan sebagainya.
Konsep-konsep keislaman
Konsep-konsep Keislaman seperti konsep Allah dan segala sifatnya, konsep syurga dan neraka.
Gaya bahasa
Gaya Bahasa banyak mengunakan istilah-istilah Arab-Parsi dimulai kata Syahdan, alkisah, hatta dan kalakian

Pengaruh Hindu
Unsur-unsur hindu
Nama-nama watak Hindu seperti Shah mardan,Maharaja Asmara Gangga, nakhoda dan sebagainya
Istilah-istilah Hindu seperti cokmar, dewan dan gangga dewa.
Cara perlukisan watak-watak utama iaitu wira dan wiraati dilukiskan ‘putih’ yang penuh dengan kebaikan. Manakala watak jahat dilukis ‘hitam’ penuh dengan kejahatan dan dengki.
Peranan para dewa yaitu peranan Berma Sakti ada persamaan dengan Dewa Visynu
Upacara memuja dewa untuk mendapatkan kuasa ghaib dan sakti
Peranan binatang-binatang atau benda sakti seperti merak,gajah dan panah sakti.
Percaya kepada ahli nujum,contohnya dalam cerita
Hikayat Ahmad Muhamad,nakhoda mempercayai ahli
nujum.

Pembahasan
Hikayat Hindu-Islam berjudul “Hikayat Si Miskin”
Di cerita ini menggunakan beberapa gaya bahasa seperti  kata hatta yang berarti kemudian atau setelah itu, lalu kata alkisah, syahdan , dan masih banyak lagi. Dilihat dari tokoh, cerita ini menggunakan tokoh yang sifatnya ke arah nama Hindu seperti dewa Indera Angkasa, Maharaja Indera Dewa
Hikayat ini masuk hikayat roman. Bedasarkan isinya hikayat ini termasuk dalam jenis hikayat yang berisi cerita sejarah
Di cerita ini banyak menggunakan kata-kata berunsur Islam seperti subhanahu wa ta’ala

Tidak ada komentar:

Posting Komentar