HIKAYAT BURUNG CENDERAWASIH
Sahibul
hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung
yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan.
Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga
dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning
keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas
sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah
dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang
melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung
cenderawasih.
Amatlah
jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini
bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini
hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah,
kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih.
Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.
www.google.com |
Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab
Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan
berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya
menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini
tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya
makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian
yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan.
Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan
ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau
bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk
menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu
pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk
nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China
pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan
kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung
ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘. Secara faktanya, asal
usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang
menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu
diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua
sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini
hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati.
Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung
cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun
atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung
ini.
Telah
dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai
pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah
bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk
perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih
digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya
seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk
dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai
pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling
besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang
pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan,
misteri, ajaib, tuah.
Jawablah pertanyaan-pertanyaan
berikut!
1. Sebutkan dan jelaskan bagian yang merupakan
eksposisi (pengenalan)!
2. Sebutkan dan jelaskan bagian yang merupakan
komplikasi (pertikaian awal)!
3. Sebutkan dan jelaskan bagian yang merupakan
konflik (pertentangan)!
4. Sebutkan dan jelaskan bagian yang merupakan
puncak konflik (klimaks)!
5. Sebutkan dan jelaskan bagian yang merupakan
penyelesaian (falling action)!
6. Sebutkan dan jelaskan tokoh-tokoh beserta perwatakannya dalam teks tersebut!
7. Sebutkan dan jelaskan amanat cerita dari teks
tersebut!
8. Sebutkan dan jelaskan nilai-nilai yang
terdapat dalam teks tersebut!
9. Sebutkan dan jelaskan latar cerita dari teks
tersebut!
10. Sebutkan hal-hal mustahil dari cerita tersebut!
Baca juga:
materi majas
latihan majas
puisi ws rendra
puisi chairil anwar
Terimakasih bacaan ini sangat menghibur
BalasHapus你是谁
Hapus謝謝
BalasHapus